* Perasaan cinta ini,sebenarnya terlalu sukar di takfirkan.Ia datang sendiri mungkin sekali dalam hidup 
 dan mungkin berkali-kali... terlalu subjektif.Dan perasaan cinta akan timbul rasa kasih dan sayang yang tidak 
 berbelah bagi kerana cinta orang akan melakukan apa sahaja untuk insan yang cintainya, Biarpun terpaksa berkorban...


*Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu,Pasti suatu ketika kita akan bertemu seandainya kita di cipta untuk tidak
 bersatu,Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaan ku...

*Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil.Dengan melihat sinar mata seseorang kita boleh mengetahui
 isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan
mata hati yang sesungguhnya....

*Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu 
 kata-kata,Seribu bahasa tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan...

*cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan,cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi
 menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi menbangkitkan semangat.

*kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.Tetapi segagah-gagah 
 dan pewiranya lelaki,sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara
 kecil aiatu kerana CINTA.Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang di anggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata
 seorang wira!Aneh,tetapi itulah hakikatnya.

*Jangan kerana cinta,kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga prinsip kita menjadi larut dan cair.Cinta
  tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik
  akhir kepada percintaan,kesetian mengikat cinta,kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.Sesebuah
  perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

*hati-hati dengan cinta,kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,orang gemuk menjadi karus,orang
  normal menjadi gila,orang kaya menjadi miskin,raja menjadi budak jika cintanya itu di sambut oleh para pencinta palsu.